
#BersamaHUDA: Lockdown Mission 2021 (Bantuan Kecemasan)
Malaysia Lockdown!
“Kerajaan menganggarkan lebih dari 1 juta orang akan menganggur sekiranya PKP 3.0 dilaksanakan. Selain itu 2.8 juta merangkumi golongan bekerja sendiri, perusahan kecil dan sederhana (PKS) mikro serta usahawan kecil akan lebih terjejas.” -Sinar Harian, 22 May 2021-
Petikan akhbar ini jelas memberi gambaran bahawa PKP 3.0 kali ini akan memberi impak buruk terhadap sumber pendapatan dan ekonomi khususnya golongan B40.
Andai Malaysia mempunyai 100 NGO yang turun padang untuk menyumbang sekalipun, belum tentu ia dapat menampung lebih daripada 1 juta golongan yang terjejas. Malaysia perlukan lebih banyak sokongan dari pelbagai sudut untuk sekurang-kurangnya membantu golongan terjejas meneruskan kelangsungan hidup.
Atas nama kemanusiaan, HUDA Malaysia terpanggil untuk turut serta dalam misi menyambut tangan-tangan mereka yang memerlukan akibat daripada lockdown kali ini.
Ramai dalam kalangan penerima bantuan HUDA yang terdahulu baru sahaja ingin menarik lafas lega apabila ekonomi dilihat kembali pulih selepas PKP 1.0 yang lalu. Namun, belum sempat mengatur langkah, Malaysia sekali lagi mengumumkan penutupan penuh sektor ekonomi.
Melihat kepada permintaan yang semakin ramai, HUDA Malaysia telah melancarkan kempen khas #BersamaHUDA: Lockdown Mission 2021 (Bantuan Kecemasan).
Bagi bantuan kecemasan sempena lockdown ini, HUDA menyasarkan RM 30,000 dengan anggaran sebanyak 200- 250 buah keluarga akan menerima manfaat daripada kempen ini.
Bantuan yang diperlukan adalah seperti berikut :
- Tajaan Barangan Asas : RM 120 / keluarga
Barangan asas ini merangkumi; beras, sardin, minyak, telur, tepung, susu, kicap, sos, bihun, gula, garam, kopi, teh, barangan keperluan bayi dan lain-lain bergantung kepada permintaan. Usaha ini tidak akan berjaya tanpa sumbangan dan sokongan daripada anda!
Hulurkan sumbangan anda sekarang. Klik butang “Donate Now” atau terus ke akaun :
- PTBH KEMANUSIAAN & PEMBANGUNAN MALAYSIA
- Maybank : 5647-6231-8148
- Email : account@huda.org.my
- Reference : HUDALockdown
Mudah-mudahan kempen ini dapat meringankan sedikit beban keluarga yang memerlukan. Terima kasih para dermawan dan sahabat HUDA!
Nota kaki: Untuk sumbangan diatas talian, Tuan/Puan boleh klik “button/butang” dibawah ini.